fbpx

Double Fantasy, mahakarya baharu The Weeknd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Double Fantasy, lagi gempita hit The Weeknd

LEPAS satu, satu lagi! Begitulah apa yang ditonjolkan penyanyi The Weeknd kepada dunia menerusi magis muziknya.

Setakat artikel ini diusaikan, tiga lagunya tersenarai dalam senarai atau carta Spotify, Today’s Top Hit.

The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Makkonen Tesfaye, memang tidak asing bahkan dikenali sebagai ‘hitmaker’ terunggul era sekarang.

Sungguh, siapa kisah tentang trofi Grammy apabila semua lagu ciptaan anda menderas laju dan menjadi siulan dunia? The Weeknd adalah individu itu.

Mengulas tentang single terbaharunya berjudul Double Fantasy, apa yang boleh dibuktikan lagi? The Weeknd’s ‘the man’!

Selepas Die For You dan Creepin’, dia datang lagi menghipnosis dunia dengan yang terbaharu.

‘Mahakarya’

Secara peribadi, Double Fantasy memberi jambatan konkrit ke pemikiran pendengar bahawa setiap kali lagu baharunya dilancarkan, satu idea terukir di minda – ke semuanya akan bernuansa masterpiece atau ‘mahakarya’.

Double Fantasy juga tidak terkecuali ke tahap berkualiti tinggi dan menjadi pilihan dunia saat meroket di tangga teratas carta laman penstriman muzik global.

Selebihnya, Double Fantasy membuktikan kepada orang ramai bahawa The Weeknd faham benar tugasannya sebagai komposer, penyanyi dan pemuzik.

Dia menghantar ‘tugasan’ pada waktunya dan meraih markah cemerlang daripada ‘mata’ yang memerhati.

Melodi yang dihasilkan menerusi Double Fantasy diadun lengkap kombinasi antara moden dan sedikit nilai klasik.

Kerjasama ikonik, ‘menjadi’

Ditambah pula kerjasama dengan rapper The Future, fakta itu sahaja memacu tanggapan bahawa karya dicernakan akan menjadi sebuah lagu ‘banger’ atau siulan orang ramai.

Menyentuh sedikit tentang perkongsian lirik, tidak asing lagi bahawa kalau orang Barat bikin lagu, ada ‘double meaning’ tersendiri.

Secara dasarnya, Double Fantasy adalah rujukan terhadap sebuah perhubungan yang dibina berdasarkan nikmat fizikal dan nilai materialistik.

The Weeknd dan Future sedar bahawa perkara itu tidak secara moralnya bersifat positif dan dan diterima orang ramai.

Keseluruhannya, Double Fantasy merupakan satu lagi mahakarya ciptaan The Weeknd yang bernuansa hebat.

Lirik mendalam, melodi senang ‘merasuk’. Tidak mustahil terus menjadi pilihan ramai dan duduk di tangga pertama carta Billboard Hot 100 tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI