fbpx

Pembunuh bersiri hamil 4 bulan berdepan 14 pertuduhan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOROTAN video pada 28 April lalu menunjukkan anggota polis mengiringi Sararat Rangsiwuthaporn (tengah) dari sebuah balai polis di Bangkok. – AFP

BANGKOK – Seorang wanita yang didakwa kerana meracuni mangsanya, berdepan 14 pertuduhan membunuh, kata polis Rabu lepas dalam kes pembunuhan bersiri antara paling kejam di Thailand.

Sararat Rangsiwuthaporn dituduh menipu wang mangsa-mangsanya berjumlah ratusan ribu baht sebelum meracuni mereka dengan menggunakan sianida. 

Dia ditangkap minggu lalu kerana kaitan dengan sembilan kematian mencurigakan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun polis kini memperluaskan siasatan mereka.

Suaminya yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut berdepan dakwaan penyelewengan berkaitan pembunuhan bersiri tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn Rabu lalu.

Surachate berkata, Sararat memperdaya 15 orang supaya mengambil kapsul sianida yang kononnya pil herba, namun seorang daripada mereka terselamat.

“Dia meminjam wang daripada ramai kenalan kerana mempunyai banyak hutang kad kredit. Sararat mula membunuh mereka apabila mangsanya memintan wang dikembalikan.

“Kami masih menyiasat jumlah wang yang diterima daripada mangsa-mangsanya,” kata Surachate kepada pemberita.

Kedua-dua Sararat dan suaminya menafikan tuduhan terhadap mereka.

Sararat yang sedang mengandung empat bulan, berdepan 14 tuduhan melakukan pembunuhan terancang dan satu dakwaan cubaan membunuh, namun polis masih menyiasat tiga lagi kes berkaitan.

Pada minggu lalu, pasukan penyiasat meluaskan kawasan siasatan melibatkan lima wilayah dengan kebanyakannya terletak di barat Bangkok

Polis pada awalnya mengesyaki wanita itu membunuh seorang rakannya di wilayah Ratchaburi, barat Bangkok pada pertengahan April lalu.

Media tempatan menyatakan bahawa mangsa rebah di tebing Sungai Mae Klong selepas melepaskan ikan dalam satu upacara agama Buddha.

Selepas menyoal siasat suspek, polis mengaitkannya dengan kes keracunan sianida yang lain. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI