fbpx

Mahkamah: Pengerusi MyWatch lepas, bebas tuduhan komunikasi palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanjeevan (depan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen, di sini hari ini bagi dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Twitter.

Hakim Datuk M. M Edwin Paramjothy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sanjeevan, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan .

“Sehubungan itu OKS dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal, manakala Sanjeevan diwakili peguam S. Preakas dan Miguel Sequerah.

Dalam perbicaraan ked bermula Jun 2020 itu, seramai lapan saksi pendakwaan telah memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula Jun 2020.

Pada 5 Jun 2020, Sanjeevan didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu berkaitan PDRM dengan niat menganiayai orang lain melalui aplikasi Twitter @SanjeevanSS yang dibaca pada 7 April 2020, pukul 3.15 petang di Pejabat Komunikasi, Aras 2, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Ahli perniagaan itu juga dituduh melakukan perbuatan sama melalui aplikasi Twitter @My_CrimeWatch yang dibaca pada 17 Mei 2020 pukul 8.15 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu, pada 18 Mac pukul 4.20 petang dan 16 Mei 2020, pukul 9.07 malam mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Sanjeevan ketika ditemui bersyukur dengan keputusan itu dan berterima kasih kepada pasukan peguam sepanjang mengendalikan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI