fbpx

Jungkook derma jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

Rasa cinta dan sayang peminat kepada seorang anggota kumpulan BTS, Jungkook semakin melimpah-ruah apabila penyanyi tampan itu bermurah hati menderma jutaan ringgit kepada golongan yang memerlukan.

Hospital Kanak-Kanak Universiti Nasional Seoul baru-baru ini mendedahkan anggota BTS itu telah menyalurkan derma jutaan ringgit untuk menyokong rawatan pesakit kanak-kanak di pusat perubatan berkenaan.

Sumbangan Jungkook digunakan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Inisiatif Jungkook juga berfungsi penting dalam menyokong pembangunan perusahaan Pusat Jagaan Komprehensif SNU.

Mengulas sumbangan yang dinyatakan sebelum ini, Jungkook berharap dapat memainkan peranan kecil dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, selain ingin melihat senyuman ceria golongan tersebut dalam keadaan sihat.

Kumpulan BTS sememangnya mempunyai sejarah dalam membuat sumbangan penting termasuk sumbangan berjuta-juta dolar kepada pergerakan global, Black Lives Matter dan usaha bantuan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI