fbpx

Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALBA muncul wira Barcelona apabila meledak gol pada minit-minit akhir, sekali gus semakin hampir untuk menjulang kejuaraan La Liga musim ini,

BARCELONA, Sepanyol – Ledakkan gol Jordi Alba membantu Barcelona meraih kemenangan 1-0 ke atas Osasuna awal pagi semalam sekali gus meletakkan skuad kendalian Xavi Hernandez itu semakin hampir untuk menjulang gela­ran La Liga.

Kemenangan tersebut meletakkan Barcelona terus selesa di puncak liga selepas memastikan jarak 14 mata berban­ding pencabar terdekatnya Real Madrid yang tewas 0-2 kepada pasukan Real Sociedad.

Xavi bagaimanapun tidak begitu gembira dengan kemenangan tersebut selepas pasukannya bergelut untuk melakar kemenangan.

“Tunggu dan lihat tetapi kami semakin hampir untuk menamatkan sebagai juara. Bagaimanapun, pada perlawanan sebentar tadi, kami agak bergelut dan terlepas beberapa peluang terbuka.

“Kami bernasib baik kerana Alba menjaringkan gol yang kadang kala menjadikan kemenangan lebih baik pada saat seperti ini,” kata Xavi.

Pada perlawanan itu, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jorge Herrando dibuang padang susulan mengasari Pedri pada minit ke-26 ketika mereka bertahan daripada asakan barisan penyerang tuan rumah.

Meskipun Osasuna bertekad untuk bertahan, mereka gagal mengekang asakan Barcelona sebelum Alba meledak jaringan kemenangan pada minit ke-85. Jika Barcelona meraih dua lagi mata daripada lima perlawanan terakhir, mereka bakal muncul juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI