fbpx

MMC Ports sempurnakan operasi STS di Pelabuhan Yan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MMC Ports telah mendapat pelbagai tempahan untuk melaksanakan operasi STS di Pelabuhan Yan. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – MMC Ports Holdings Sdn. Bhd. (MMC Ports), menerusi anak syarikat penuh miliknya, Andaman Port Sdn. Bhd. berjaya menyempurnakan operasi pemindahan kargo dari kapal ke kapal atau Ship-to-Ship (STS) di Pelabuhan Yan, Kedah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, operasi STS ini telah berjalan lancar selama dua hari bermula 25 April lalu di salah satu daripada 10 lokasi yang diluluskan terletak lima batu nautika dari persisiran Pulau Bunting.

“Operasi STS yang pertama kali dilakukan dalam had Pelabuhan Yan ini telah berjaya disempurnakan dengan mematuhi kriteria dan tahap keselamatan yang tinggi.

“Ia seperti mana ditetapkan oleh pihak berkuasa tanpa mengabaikan kelestarian ekosistem laut dan alam sekitar.

“Kejayaan Operasi STS ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik dengan pihak-pihak berkuasa persekutuan dan ne­geri.

“Ini termasuk Kementerian ­Pengangkutan, Jabatan Laut Malaysia, kerajaan nege­ri Kedah serta lain-lain agensi kerajaan yang turut terlibat bagi memastikan operasi STS berjalan secara lancar, selamat dan efisien,” kata kenyataan tersebut.

MMC Ports sedang memajukan Pelabuhan Yan sebagai hab untuk operasi STS dan komited untuk menyediakan perkhidmatan STS yang selamat dan efisien.

Pelabuhan Yan terletak di lokasi yang strategik iaitu di laluan utama perkapalan antarabangsa iaitu di bahagian utara Selat Melaka.

Kedalaman laut sehingga 30 meter juga sesuai untuk semua jenis kapal seperti VLCC dan Q-Max.
MMC Ports mempunyai ke­upayaan dan kepakaran dalam penyediaan perkhidmatan marin yang komprehensif.

Syarikat tersebut juga telah menerima beberapa tempahan tetap pada suku tahun seterus­nya dari Asia Barat, China dan Korea untuk melaksanakan aktiviti STS di Pelabuhan Yan bagi pemindahan kargo seperti mi­nyak mentah, gas asli cecair dan gas petroleum cecair. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI