fbpx
Ahmad Sufiani (depan, kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian pengambilalihan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Transonic Jet bakal muktamadkan proses pengambilalihan MY Jet Express bernilai RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Transonic Jet Sdn. Bhd. (Transonic Jet) yang telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih sebuah syarikat kargo yang menghadapi masalah kewangan, MY Jet Express Airline Sdn. Bhd. (MY Jet Express) bakal tampil dengan wajah baharu yang memfokuskan kepada pengoperasian perniagaan yang le­bih cekap dan berdaya saing.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Transonic, Ahmad Sufiani Mohd. Johari berkata, proses memuktamadkan pengambilalihan yang bernilai kira-kira RM50 juta itu akan mengambil masa lebih kurang setahun.

Pemilikan ekuiti sehingga 90 peratus oleh Transonic Jet itu turut melibatkan antaranya pemilikan lesen perkhidmatan udara (ASL), sijil operasi udara (AOC), Continuing Air Worthiness Management Organisation (CAMO), Approved Maintenance Organisation (AMO), Foreign Aircraft Operating Certificate (FAOC) dan China Inbound-Outbound Flight License.

“Sebaik sahaja proses ambil alih itu selesai, kami akan terus beroperasi, buat masa ini kami sedang membuat perancangan untuk membangunkan satu ‘buku’ yang memuatkan segala prosedur operasi standard (SOP), garis panduan dan peraturan yang akan mengambil masa selama enam bulan.

“Kami juga akan memanggil pakar-pakar dalam industri ini untuk duduk bersama berbincang untuk mendapatkan idea terbaik mereka untuk dimasukkan dalam buku tersebut.

“Seterusnya kami akan memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan dan pembe­lian aset,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ahmad Sufiani yang merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Malaysia dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri penerbangan itu turut memaklumkan bahawa Transonic Jet akan memiliki empat pesawat yang bercirikan low loader bagi memudahkan urusan pemunggahan kargo dengan lebih selamat dan cekap

“Syarikat akan menyewa pesawat baharu yang berusia di bawah 15 tahun,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat mahu mengetengahkan pendekatan baharu untuk menjadikan industri kargo lebih efisien dengan mengurangkan penglibatan orang tengah dengan penggunaan sistem elektronik termasuk perkhidmatan tanpa tunai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN