fbpx

Kris Dayanti tukar ejaan nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS DAYANTI

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).

Pelantun lagu Aku Wanita Biasa ini berkata, ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.

“Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi yang lebih mesra disapa KD itu berkata, dia mahu kembali menggunakan nama sebenarnya sebagai tanda cinta terhadap Allahyarham bapanya yang sudah meninggal dunia.

“Sejak ayah meninggal dunia pada 2021, saya sangat terkesan dan mahu menggunakan semula nama asal saya. Tindakan saya itu sebagai satu bentuk cinta kepada ayah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI