fbpx
Individu bujang yang berminat mencari pasangan hanya perlu berkongsi resume di Telegram Parti Single Malaysia.

16,000 orang bujang cari pasangan di Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Parti Single Malaysia (Pasim) yang kini mempunyai keahlian melebihi 16,000 orang disifatkan sebagai platform terbaik buat individu bujang yang ingin mencari pasangan menerusi aplikasi Telegram.

Presidennya, Fatin Izzati Kamsani berkata, parti untuk orang bujang itu ditubuhkan pada hujung tahun lalu bagi membantu mereka mendapatkan jodoh ketika negara mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ketika PRU15 yang lalu, satu video telah tular di Tiktok yang mana ketika itu saya mengatakan mengapa perlu mencari calon politik, sedangkan kita boleh mencari calon menantu untuk ibu bapa.

“Lantaran itu, ramai individu bujang meminta saya menubuhkan parti untuk golongan berke­naan dan bermula dengan 3,000 ahli sahaja pada November lalu, namun kini sudah lebih 15,000 penyertaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Bercerita tentang peranan parti tersebut, Fatin Izzati berkata, individu bujang yang berminat mencari pasangan hanya perlu berkongsi resume mereka di Telegram.

“Selepas itu, mana-mana individu yang tertarik dengan ciri-ciri ditetapkan, mereka boleh terus menghubungi individu bujang terbabit di Telegram sahaja.

“Sebenarnya, caranya mudah kerana kita laksanakan di Tele­gram sahaja kerana tiada kos yang dikenakan.

“Mereka cuma perlu rajin untuk mencari pasa­ngan yang sesuai sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Fatin Izzati menasihatkan mana-mana individu yang berminat mencari pasangan menerusi platform itu untuk memaparkan profil asli termasuk gambar peribadi bagi mengelakkan peni­puan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN