fbpx

Hadiah istimewa Hyori buat pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYORI

SEBAGAI tanda terima kasih dengan perkhidmatan, penyanyi Lee Hyori membuat persembahan di majlis perkahwinan pengurus lamanya, Lee Geun-seop.

Penyanyi itu menghadiri majlis perkahwinan pengurus dengan menggayakan skirt mini merah jambu menyampaikan lagu ucapan tahniah sambil melakukan koreografi bersama penari.

Video persembahan tersebut dikongsikan oleh tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Geung-seop termasuklah pereka fesyen, Yoni P.

“Memandangkan mereka bekerja selama bertahun-tahun, saya dapat merasakan bahawa mereka mengambil berat antara satu sama lain seperti keluarga,” kongsi Yoni P dalam laman sosialnya yang teruja melihat persembahan Hyori.

Geun-seop sudah bekerja bersama Hyori hampir dua dekad dan keakraban mereka terpancar apabila dia sering memanggil penyanyi wanita itu dengan panggilan ‘Seopi’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI