fbpx

Kabinet bincang tambahan caruman KWSP majikan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Hari Pekerja 2023 kepada Dr. Malar Santhi Santheragesapan (dua kanan) pada Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan mengenai kenaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan telah dikemukakan namun ia masih belum dirujuk oleh Jemaah Menteri.

“Perkara ini ada dikemukan tapi kita belum rujuk pada Jemaah Menteri, kita akan bincang dahulu, ini keputusan dasar dan ada kesan kepada kerajaan, majikan dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Semalam, media melaporkan, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus.

Menurut Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal perkara itu merupakan salah satu daripada 12 perkara yang dicadangkan UNI-MLC untuk kerajaan dan majikan tangani dengan kadar segera sebagai hadiah sempena Hari Pekerja 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI