fbpx

Isu gaji minimum pekerja akan diselesaikan segera – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Isu berbangkit mengenai pelaksanan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau mengakui pelaksanaan gaji minimum begitu sukar dan rumit untuk diselesaikan.

Menurutnya, isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan penyelesaian sekali gus dan manfaat untuk semua.

“Saya dengar pelaksanaan gaji minimum begitu sukar sekali malah, wujud hiruk pikuk dalam konteks pelaksanaannya,” katanya ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini hari ini.

Kerajaan pada Disember lalu memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Julai depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI