fbpx

Tiada taburan hujan di Kelantan, Terengganu dan Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak empat negeri dijangka tidak menerima taburan hujan sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), negeri terbabit adalah Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perlis.

Katanya, ribut petir dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Seterusnya, hujan lebat dijangka landa seluruh kawasan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor.

Sehubungan itu, bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

Bagi Sarawak pula, angin kencang dijangka berlaku sekitar Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala Sabah di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI