fbpx

Projek tambak laut buat nelayan ‘tulen’ tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan di kawasan PSI menyertai kursus jurumudi dan ujian 'Mate Domestik 500GT (terbuka)' yang diakui Jabatan Laut Malaysia (JLM) baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang percaya kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk projek Penang South Islands (PSI) sangat dinanti-nantikan nelayan ‘tulen’ khususnya di bahagian selatan negeri ini.

Setiausahanya, Fajinah Jaafar berkata, rata-rata nelayan tersebut juga tidak sabar untuk melihat projek berkenaan dimulakan sekali gus berpeluang menikmati lebih banyak limpahan manfaat daripada Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP).

Justeru, beliau menasihatkan mereka yang tidak bergantung kepada kerja nelayan untuk mencari nafkah kehidupan supaya tidak ‘menabur pasir ke dalam periuk nasi’ nelayan tulen dengan membantah projek tersebut.

“Sesungguhnya, kebenaran sentiasa berpihak kepada mereka yang benar dan kami menggesa agar pihak pembangkang menerima hakikat dan kenyataan ini. Jadi, usahlah pertikaikan keputusan yang telah dibuat Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana pegawai-pegawai yang terlibat (dalam meluluskan EIA untuk PSI) telah bertindak dengan profesional.

“Sudah bertahun-tahun kami menunggu projek ini berjalan dan walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan, kami akhirnya dapat tidur dengan lena apabila mendengar pengumuman Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) kita semalam (berhubung kelulusan EIA untuk projek PSI),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fajinah dalam pada itu turut menyangkal dakwaan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang atau Pen Mutiara yang mendakwa kira-kira 6,000 nelayan telah membantah projek tersebut sebelum ini.

Tambah Fajinah, sebagai rakyat Pulau Pinang, pihaknya berhak menyuarakan pendapat mereka dan memilih yang terbaik untuk anak cucu serta cicit kerana percaya mereka bakal menerima pelbagai manfaat dan peluang pekerjaan daripada projek berkenaan selepas ini.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kemajuan Nusa Pulau Pinang (Nusa) turut menyokong dan menyambut baik kelulusan EIA untuk PSI selepas mengambil kira manfaat projek tersebut kepada penduduk setempat serta demi pembangunan Pulau Pinang.

Setiausahanya, Norhafiza Huda Idris berkata, melalui projek itu, nelayan setempat berpeluang memperoleh bot percuma dan mengikuti kursus jurumudi selain berupaya menambah pendapatan harian mereka dengan bot yang lebih besar serta berkuasa tinggi dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI