fbpx

PM simpati nasib mangsa kebakaran di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar menyampaikan sumbangan kepda Hafiz susulan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun yang terbakar di Kampung Tanjong, Gadong, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Nasib sebuah keluarga yang kediaman pusaka tiga generasi berusia lebih 80 tahun musnah terbakar malam tadi di Kampung Tanjong, Gadong, di sini, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keluarga bekas imam, Abd Rahaman Che The, 73, diwakili anaknya Muhammad Al-Hafiz, 35, menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Persekutuan ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang diwakili Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Ton Zalani Mat Darus.

Menurut Shamsul Iskandar, bantuan berkenaan adalah bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut lebih-lebih lagi ia berlaku semasa umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Saudara Hafiz dan keluarganya diuji dengan ujian yang hebat. Saya mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada beliau dan keluarga.

“Tentunya kita hadir untuk menunjukkan rasa simpati dan menyampaikan sumbangan membantu meringankan beban keluarga ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjong, Gadong, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Kosmo Online melaporkan seorang bekas imam berhadapan detik-detik cemas apabila kediaman pusaka arwah isterinya terbakar ketika dia sedang berbuka puasa di Kampung Tanjung, Gadong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.28 malam itu, Abd Rahaman Che Teh, 73, ditemani anak, menantu dan cucu segera keluar dari rumah selepas kebakaran merebak pantas dan tiada barang penting dapat diselamatkan.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI