fbpx

Novartis Malaysia lanjutkan Program Diagnosis Molekular bagi penghidap aBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Elwakil (kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Premier Pathology, Hareef Muhammed ketika Novartis Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen Penggalak PIK3CA untuk pesakit kanser payudara lanjutan (aBC).

PETALING JAYA – Novartis Malaysia telah melanjutkan kerjasama dengan dua makmal utama di Malaysia, iaitu Pantai Premier Pathology dan Subang Jaya Medical Center untuk memulakan misi memudahkan orang ramai menjalani ujian PIK3CA.

Kerjasama berkenaan diadakan atas kesedaran bahawa diagnosis dan rawatan awal kanser payu dara lanjutan (aBC) membawa kesan ketara terhadap kualiti kehidupan pesakit.

Apabila disahkan menghidap penyakit rumit seperti aBC, pesakit lazimnya digalakkan menjalani saringan bagi mengesan mutasi, bagaimanapun ujian berkenaan menelan belanja besar dan boleh menjadi penghalang kepada pesakit yang kurang mampu.

Menerusi kerjasama Program Diagnosis Molekular yang dimulakan pada 2020, kos pesakit bagi PIK3CA telah berjaya dikurangkan sebanyak 53 peratus.

Presiden Syarikat, Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, pihaknya sukacita untuk melanjutkan kerjasama dengan Pantai Premier Pathology dalam kempen berkenaan.

“Kami percaya walaupun kemajuan saintifik telah menambah baik pilihan rawatan bagi pelbagai penyakit global seperti yang dilihat dalam rawatan kanser payu dara dalam tempoh dua dekad lepas, kekurangan alat diagnostik kos rendah yang berkesan menjejaskan kesihatan ramai orang di negara-negara sedang membangun.

“Penjagaan kesihatan berkualiti, yang termasuk ujian awal dan berkesan menjadi kunci untuk menambah baik prognosis dan kualiti kehidupan penghidap kanser payu dara dan sebahagian daripada misi Novartis adalah membantu menambah baik diagnosis awal bagi penghidap aBC dengan mutasi PIK3CA,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI