fbpx

1,975 kenderaan terbabit nahas hari ketujuh Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,975 kenderaan terlibat kemalangan jalan raya pada hari ketujuh Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,618 kemalangan dilaporkan.

“Pecahan jenis kenderaan paling tinggi terlibat kemalangan adalah kereta dengan membabitkan angka sebanyak 1,304 buah atau 69 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Penyumbang kedua tertinggi kemalangan adalah motosikal (250), diikuti pacuan empat roda (179), kenderaan pelbagai guna (127) dan lori (66),” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT, hari ini.

Menurut JSPT, selebihnya membabitkan van (34), bas (13) dan empat lagi kenderaan melibatkan teksi serta dua buah basikal.

Semalam, PDRM merekodkan 2,011 kenderaan kemalangan jalan raya pada hari keenam Op Selamat 20 di seluruh negara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI