fbpx

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman televisyen litar tertutup di sekitar Plaza Tol Gombak menunjukkan keadaan trafik lancar, pagi ini.

PETALING JAYA – Trafik di kebanyakan lebuh raya utama pagi ini kelihatan lancar ekoran orang ramai sudah pulang ke ibu kota, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, di bahagian Timur, trafik keseluruhannya masih lancar di sepanjang laluan utama lebuh raya Kuala Lumpur – Karak @ E8.

“Terdapat kerja-kerja pengalihan kenderaan rosak di KM 64.5 arah Kuala Lumpur dari Karak ke Bentong menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik dilaporkan masih lancar.

“Di Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur 2, trafik turut kelihatan lancar.

“Sama juga seperti di bahagian Selatan, trafik di laluan utama lebuh raya Plus @ E2, Lebuhraya Kajang Seremban @ E21, Lebuhraya Senai–Desaru @ E22 dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson masih dalam keadaan lancar,” katanya.

Tambahnya, di bahagian Utara, trafik di laluan utama lebuh raya Plus @E1, Lebuhraya Butterworth-Kulim @ E15 dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth @ E17 masih dalam keadaan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI