fbpx

Op Selamat: 586 kemalangan, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Op Selamat 20/2023 sempena Hari Raya Aidilfitri yang memasuki hari kelima hari ini merekodkan sebanyak 586 kes kemalangan dengan lima kematian di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kematian yang direkodkan itu daripada tiga kes kemalangan maut yang dilaporkan.

“Sejak Op Selamat dilancarkan pada Khamis lalu, tiga kemalangan maut dengan lima kematian direkodkan.

“Sepanjang tempoh itu juga, sejumlah 989 saman telah dikeluarkan dengan kesalahan paling tinggi membabitkan halangan lalu lintas,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati di jalan raya dan merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“Memandulah secara berhemah dan bertimbang rasa. Teruskan mematuhi peraturan jalan raya serta arahan pihak berkuasa selain mendapatkan rehat yang mencukupi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI