fbpx

[KEMASKINI] Kurang oksigen punca 4 sekeluarga pengsan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibantu oleh pegawai polis, anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuh raya Pantai Timur ketika kejadian tersebut.

BENTONG – Empat sekeluarga yang pengsan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Plaza Tol Bentong, petang tadi berpunca daripada kekurangan oksigen.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, berkata, keempat-empat mangsa pengsan sebelum kereta dipandu melanggar pintu Tol Bentong.

“Mangsa-mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

“Mereka dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor. Hasil pemeriksaan doktor, kesemua mangsa kekurangan oksigen dalam badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bantuan awal diberikan kepada mangsa dibantu oleh pegawai polis, anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuh raya Pantai Timur.

Terdahulu Kosmo! melaporkan empat individu didapati tidak sedarkan diri di dalam kereta di Plaza Tol Bentong kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Dalam pada itu, anak sulung kepada keluarga itu dikenali Syafiq Mok menerusi komen di Facebook mengesahkan keluarganya dalam keadaan selamat.

“Saya anak sulung kepada keluarga. Alhamdulillah keluarga saya selamat semuanya, sudah sedarkan diri.

“Punca pengsan dan tidak sedarkan diri adalah kerana keracunan oksigen penghawa dingin.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota dan sesiapa yang terlibat membantu keluarga saya. Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI