fbpx

13 maut dalam 3 serangan bom di Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap kelihatan di lokasi serangan bom. - citizen.digital

BAMAKO, Mali – Sekurang-kurangnya 10 orang awam dan tiga anggota tentera terbunuh manakala lebih 60 cedera selepas tiga serangan bom berlaku di bandar Sevare, tengah Mali semalam, kata jurucakap gabenor wilayah itu seperti dilaporkan laman berita Wion News.

Laporan AFP yang memetik pegawai tentera negara itu berkata, serangan tersebut berterusan selama hampir tiga jam sebelum tentera Mali menguasai semula kawasan itu.

Jurucakap berkenaan, Yacouba Maiga berkata, semua yang terbunuh dan cedera akibat letupan bom adalah orang awam. 

Setakat semalam, tiada individu atau kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. 

Sementara itu, pegawai tentera berkata bahawa serangan tersebut berlaku dari pukul 5.30 pagi hingga sekitar 8 pagi (waktu tempatan) di Sevare, wilayah Mopti.

Saksi kejadian memberitahu bahawa empat letupan kuat kedengaran, dan diikuti dengan bunyi tembakan senjata automatik, manakala asap turut kelihatan berhampiran lapangan terbang.

Gabenor wilayah Mopti, Kolonel Mejar Abass Dembele melawat lokasi serangan itu dan menyebutnya sebagai ‘serangan bom kereta’ yang menyasarkan pangkalan udara di Sevare.

Kerajaan Mali dalam satu kenyataan menerusi siaran televisyen negara kemudian berkata, serangan itu berjaya dihentikan oleh tentera di Sevare. 

Tambah kenyataan itu, tiga kenderaan dipenuhi bahan letupan telah musnah akibat tembakan dron tentera. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI