fbpx

1,147 kemalangan pada hari pertama Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 1,147 kes kemalangan dicatatkan pada hari ketiga Op Selamat 20 di seluruh negara direkodkan, semalam.

Menerusi kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di akaun Facebook, jumlah itu melibatkan sebanyak 1,720 pelbagai jenis kenderaan yang mana 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

“Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta sebanyak 1,268, pacuan empat roda (102) dan motosikal (209).

“Kenderaan pelbagai guna (MPV) sebanyak 8 buah diikuti lori (11), van (36), bas (tujuh) dan teksi dua buah,” katanya.

Berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat kelmarin, sebanyak 1,389 jumlah kemalangan dicatatkan dan 1,601 kenderaan dilaporkan terlibat.

JSPT turut menasihati agar semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI