fbpx

Tiada alasan, gadis OKU tetap semangat masak untuk raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Farrah sedang menyiapkan kuah kacang sempena Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Biarpun memiliki kekurangan dan bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang wanita tetap bersemangat membantu keluarga memasak bagi persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi klip video yang dimuat naik di media sosial Farrah Syahirah, kelihatan dia mengambil peranan untuk membuat kuah kacang.

Walaupun tidak mempunyai kedua-dua tangan, Farrah dilihat hanya menggunakan kakinya untuk mengacau kuah tersebut.

“Kami adik-beradik ada tugas masing-masing untuk masak setiap satu menu. ‘Part’ (peranan) saya masak kuah kacang. Nak rasa, jemput datang rumah,” katanya di ruangan kapsyen.

Sehubungan itu, rata-rata orang memuji semangat Farrah kerana tidak memberikan alasan untuk bersama keluarga menyediakan juadah raya.

“Tiada alasan untuk tidak buat kerja dapur, Ya Allh yang cukup tangan pun segan. Malunya saya,” kata azura.

“Saya pernah buat guna kaki, tiba-tiba kejang. Kelebihan yang ada pada awak, susah nak dapat dekat orang lain,” ujar Dhia.

“‘Respect’ orang macam awak. Ini tak, balik kampung berkepit dengan telefon, lepasu tulis status rindu keluarga. Alahai,” seloroh Nufa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI