fbpx

Roket terbesar SpaceX meletup selepas dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Starship dilancarkan dari pad pelancaran di Starbase di Boca Chica, Texas semalam. - AFP

WASHINGTON – Sebuah roket paling besar yang pernah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk meletup di atmosfera Bumi dan mencetuskan pemandangan luar biasa di langit, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Kapal angkasa Starship dan roket Super Heavy atau digelar Starship secara keseluruhannya ialah sistem boleh guna semula yang direka untuk mengangkut anak kapal dan kargo ke orbit Bumi, Bulan, Marikh dan lokasi lain di angkasa lepas.

Jurutera SpaceX menggelar insiden itu sebagai ‘kemusnahan secara pantas’ semasa ia dilancarkan dari pad pelancaran di Texas, Amerik Syarikat.

SpaceX sebelum ini menyifatkan kapal angkasa Starship sebagai satu kejayaan dengan mempunyai ketinggian 120 meter, beserta 33 enjin dan 7.5 juta kilogram tujahan.

Bagaimanapun, berlaku kegagalan apabila penggalak roket itu dilepaskan dari bahagian utama kapal dan akhirnya ia meletup.

Menurut editor sains Badan Penyiaran Britain (BBC), Rebecca Morelle, walaupun mempunyai harapan yang lebih tinggi, misi itu tidak akan dianggap sebagai kegagalan oleh jurutera. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI