fbpx

Ramai teruja lihat Gerhana Matahari Hibrid selepas 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian telur berdiri antara kesan daripada fenomena gerhana hari ini.

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat teruja ketika menyaksikan fenomena gerhana matahari separa atau dikenali sebagai Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku bermula 11 pagi hari ini.

Fenomena alam itu dianggarkan terjadi sekali setiap dekad yang mana kedua-dua jarak bulan dan matahari dengan bumi perlu berada pada kedudukan spesifik bagi membolehkan ia berlaku dengan beberapa kriteria.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi gambar Gerhana Matahari Hibrid yang diambil serta antara keajaiban berlaku sewaktu fenomena tersebut muncul.

Menerusi hantaran di Facebook, Olive House Malaysia, fenomena alam itu berjaya dirakam oleh pasukan Creative Content dan Social Media Olive House sekitar pukul 11.58 pagi di Pejabat Ampang Business Centre, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, pengguna Facebook, Hakim Darno juga berkongsi gambar memaparkan telur ayam yang berkedudukan tegak kesan daripada berlakunya gerhana matahari separa.

“Subhanallah. Antara kesan daripada Gerhana Matahari, telur berdiri,” katanya.

Sehubungan itu, tanda pagar Gerhana Matahari Hibrid (#Gerhanamataharihibrid) sohor kini di platform Twitter dan Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI