fbpx

Michelle Yeoh bawa trofi Oscar bertemu Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michelle (kiri) dan Anwar (kanan)

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan seniwati negara, Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Menerusi perkongsian Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya, beberapa keping gambar dimuat naik sambil Michelle, 61, memegang trofi tersebut.

“Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh.

“Beliau mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini.

“Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya,” tulisnya.

Tambah Anwar lagi, pencapaian Michelle itu diibaratkan luar biasa kerana berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

Anwar turut mengucap selamat maju jaya buat Michelle agar terus beroleh kejayaan pada masa akan datang.

Mac lalu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu mencatat sejarah luar biasa apabila menjadi anak Malaysia pertama merangkul trofi berprestij dunia, Academy Awards ke-95.

Michelle menang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan sebagai Evelyn Wong dalam filem fenomena, Everything Everywhere All at Once. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI