fbpx

Bekalan diesel, RON95 ditambah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDDIN (dia dari kanan) meninjau penjualan Daging Rahmah Import di Pasaraya Econsave Pontian hari ini.

PONTIAN – Bekalan minyak diesel dan petrol bersubsidi RON95 akan ditambah bermula esok hingga 5 Mei depan di seluruh negara bagi menampung keperluan pengguna sepanjang musim perayaan pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan telah meluluskan kuota tambahan bagi diesel dan petrol bersubsidi RON95 kepada 4,030 stesen minyak bagi memastikan tiada timbul isu kekurangan bekalan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang dan risau kerana kerajaan memahami permintaan pengguna tinggi semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Pekerja dan Hari Wesak

“Selepas Hari Raya Aidilfifri, kita akan menyambut Sambutan Hati Pekerja pada 1 Mei depan, diikuti Hari Wesak tentunya banyak pergerakan untuk kenderaan pada ketika itu,” ujarnya pada sidang akhbar Jualan Rahmah Daging Import di Pasaraya Econsave Pontian di sini pada hari ini.

Tambah Salahuddin, pada Aidilfitri tahun lepas, beberapa stesen minyak dilaporkan mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar biasa sehingga 50 peratus membabitkan kawasan di sekitar Pantai Timur.

Sehubungan beliau berharap, kejadian seperti itu tidak berulang lagi bagi mengelakkan pemilik kenderaan ‘tersadai’ dalam tempoh beberapa jam disebabkan bekalan minyak diesel dan petrol habis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI