fbpx

Pemandu guna ‘jalan tikus’ terkandas di kebun ubi kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan satu lorong itu dipenuhi kereta pengembara yang menuju ke kampung halaman. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario berpuluh-puluh kenderaan terperangkap di tengah kebun ubi kayu setelah melalui jalan pintas ketika pulang ke kampung, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Kenderaan-kenderaan itu dikatakan mengelak daripada melalui jalan utama di mana berlakunya kesesakan selama lebih enam jam akibat kemalangan antara sebuah lori tangki dan lori pasir di Cibadak, Sukabumi.

Menerusi video tersebut, puluhan kenderaan itu kelihatan tidak dapat bergerak di laluan satu lorong. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Yang penting jaga tanaman orang ya,” komen seorang netizen.

“Mengelak kesesakan lalu lintas, namun terjebak,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI