fbpx

Jakim saran jemaah pakai pelitup muka ketika solat sunat Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan supaya jemaah memakai pelitup muka bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau.

Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, saranan itu dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, adalah dimaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) ketika ini tertakluk kepada Fasa Peralihan ke Endemik yang sedang berkuat kuasa.

“Pada masa ini adalah digalakkan jemaah memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.

“Ketetapan ini juga dibuat atas saranan Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar selepas mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa, maka Jakim ingin menasihatkan kepada semua umat Islam agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya mereka berada di mana-mana tempat perkumpulan ramai dan sesak termasuk di masjid dan surau.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI