fbpx

Nenek maut cuba selamatkan cucu dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut dirempuh motosikal ketika melintas jalan raya di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan, Manggatal pagi tadi. - Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut selepas dirempuh motosikal ketika cuba menyelamatkan cucunya daripada dilanggar ketika melintas jalan di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan, Manggatal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, mangsa yang berusia 56 tahun dan penunggang motosikal berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara itu, cucu wanita terbabit berusia sembilan tahun dan pembonceng wanita berusia 47 tahun mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal bersama teman wanitanya bergerak dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita tiba-tiba melintas jalan bersama cucunya. Penunggang motosikal gagal mengelak sebelum merempuh mangsa wanita terbabit dan terbabas ke bahu jalan.

“Kanak-kanak perempuan hanya cedera ringan selepas sempat ditolak neneknya bagi mengelakkan dilanggar motosikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memaklumkan pembonceng motosikal yang mengalami kecederaan ringan di muka dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Semua mangsa yang terlibat tidak disyaki mabuk namun spesimen kedua-dua mangsa yang maut akan diambil untuk dianalisa ke Jabatan Kimia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI