fbpx

Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga mangsa dipercayai diseksa, dibunuh dan ditanam pada 5 April lalu. – New York Post

QUITO, ECUADOR – Dua daripada wanita yang dibunuh selepas hilang ketika menikmati percutian pantai di Ecuador dilaporkan menghantar mesej ringkas kepada orang tersayang untuk memaklumkan bahawa mereka dalam bahaya.

Akhbar New York Post melaporkan bahawa  Nayeli Tapia, 21, Yuliana Macias, 21 dan Denisse Reyna, 19, ditemui mati tertimbus di dalam tanah cetek dengan keadaan leher dikelar pada 7 April lalu selepas dilaporkan hilang pada 4 April.

Mereka dipercayai diseksa, dibunuh dan ditanam pada 5 April sebelum nelayan tempatan membuat laporan polis beberapa hari kemudian selepas terhidu bau busuk. Seekor anjing juga dilaporkan menghidu di kawasan sekitar Sungai Esmeraldas, dekat dengan Quininde.

“Saya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Jika apa-apa berlaku kepada saya, ingatlah bahawa saya amat sayangkan anda,” demikian menurut mesej yang dihantar salah seorang mangsa, Reyna, kepada seorang rakannya.

Sementara itu, Tapia juga ada menghantar pesanan ringkas kepada saudara perempuannya menerusi aplikasi WhatsApp di mana dia turut berkongsikan lokasi terkininya.

“Saya menghantar (lokasi live) kepada anda sekiranya apa-apa berlaku,” tulisnya pada 4 April, pukul 11.10 malam (waktu tempatan).

Tiada sebarang berita diterima daripada wanita tersebut sejak itu.

Media tempatan melaporkan mayat ketiga-tiga wanita itu berada dalam keadaan diikat dan mulut mereka turut ditutup. Terdapat kesan-kesan pada badan yang menunjukkan mereka diseksa.

Polis turut menemui sebuah telefon bimbit yang diharap dapat membantu dalam siasatan tersebut ketika pihak berkuasa masih memburu pembunuh mereka.

Wilayah Esmeraldas yang menjadi lokasi ketiga-tiga mangsa dibunuh dan ditanam,  diletakkan dalam keadaan darurat sejak 3 Mac lalu ekoran peningkatan kes jenayah dan keganasan di samping pertempuran sengit antara sindiket dadah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI