fbpx

Penjual rugi, bunga api, mercun musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kebakaran melibatkan gerai menjual bunga api dan mercun didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ.

Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya.

Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran.

Menjengah ke ruangan komen, ada pihak mempersoalkan jualan bunga api dan mercun secara terbuka biarpun mempunyai lesen untuk berniaga.

“Nak lesen, dah bagi lesen niaga. Sekarang isu keselamatan pula,” komen A2K.

“Mohon batalkan permit import dan jual mercun ni,” kata hmd fdhl.

Sementara itu tinjauan pada video TikTok pula, ada yang mendakwa kebakaran tersebut susulan gurauan rakan penjual itu.

“Mohon bagi ‘part’ dua di mana kawan yang bergurau tu bayar ganti rugi. Persahabatan saja tak balik modal,” kata TamagoCart.

“Kasihan kawan tu berniaga cari rezeki. Ada pula kawan lain buat niat bergurau dengan macam tu,” kata Ricky. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI