fbpx

Sultan Nazrin sampaikan tauliah pelantikan hakim mahkamah syariah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua, kiri) berkenan menerima peruntukan kewangan kerajaan Persekutuan berjumlah RM77,769, 264 daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar (tengah) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan tauliah pelantikan enam hakim di mahkamah syariah negeri di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini semalam.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah ialah Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Balia Yusof Wahi.

Bagi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah pula, katanya, mereka yang dilantik ialah Datuk Mohtarudin Bak dan Datuk Seri Abdul Razak Musa.

“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak (yang dilantik) pula ialah Azman Saad dan Muhammad Fauzi Uzir Abd. Wahab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Menurut MAIPk, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan tauliah pelantikan anggota MAIPk iaitu Harith Fadzilah Abdul Halim yang merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pada majlis sama, katanya, Sultan Nazrin turut berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,948,581.03 daripada enam syarikat korporat kepada MAIPk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI