fbpx

‘Puteri Sarah, anak beraya di luar negara, kejamnya mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATIMAH meluahkan kesedihan apabila mendapat tahu Puteri Sarah dan dua cucunya akan beraya tanpa keluarga di luar negara.

PETALING JAYA – Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menjadi antara individu paling terkesan apabila menantunya, Puteri Sarah Liyana bakal meraikan Aidilfitri di luar negara.

Kesedihan berjauhan dengan menantu dan dua cucu, Syaikhul Islam dan Sumayyah itu dikongsikan menerusi luahan dalam Instagramnya.

“Hari raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya,” tulisnya berserta emoji hati retak.

Pada masa sama, isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam terus menzahirkan rasa kesal atas perbuatan pihak ketiga terhadap menantu kesayangannya itu.

“Kejam perbuatan mereka!” katanya lagi.

Perkongsian berkenaan turut disertakan dengan gambar cucu kesayangannya berlatarkan lagu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Air Mata Syawal.

Sebelum ini Patimah dilihat reda terhadap keputusan yang diambil kedua-dua insan kesayangannya itu untuk menoktahkan ikatan perkahwinan mereka pada 18 April ini.

Patimah bagaimanapu tidak memperincikan tarikh mahu pun destinasi mereka sama ada ‘terbang’ selepas hari raya pertama atau sebelum Syawal.

Terdahulu, daripada kenyataan suaminya, Yusof pula, difahamkan aktres tersebut ingin meraikan pagi 1 Syawal dengan keluarga mereka.

Perkara tersebut dinyatakan sutradara berpengalaman itu sebaik Syamsul dan Puteri Sarah dilaporkan sepakat untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 10 April lalu.

Ketika dihubungi media, Yusof meluahkan rasa lega apabila menantu serta dua cucu mereka bersetuju menyambut 1 Syawal dengan keluarganya.

Kata Yusof, Puteri Sarah akan bermalam di rumah mereka sebelum pulang ke kediaman orang tuanya pada sebelah petang Syawal pertama.

Bagi sutradara berpengalaman terbabit paling utama konflik rumah tangga pasangan yang tercetus hampir lima tahun itu dapat diakhiri dengan baik, walaupun mereka memilih perceraian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI