fbpx

Litar pintas, terlebih beban elektrik punca rumah terbakar musim Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab ( dua kanan ) menyaksikan pelancaran EMARS yang disempurnakan Kor Ming dan Zaliha di AEON Mall Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Masalah pendawaian menjadi punca utama kebakaran rumah atau premis pada musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) , Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, ini termasuk melibatkan rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan elektrik pada perkakasan elektrik.

Katanya, pihaknya sentiasa memantau trend kes kebakaran yang direkodkan semasa Ops Hari Raya Aidilfitri dan orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam pengunaan peralatan elektrik ketika musim perayaan ini.

“Pada tahun lalu, terdapat peningkatan empat peratus iaitu sebanyak 46 kes kebakaran berbanding jumlah kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

“Manakala bagi kes penyelamatan dan panggilan tugas khas kita dapat melihat pola penurunan iaitu masing-masing 6.95 peratus dan 97.52 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan kempen keselamatan musim perayaan, hari ini.

Program dirasmikan secara bersama antara Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Abdul Wahab memberitahu, pihaknya juga telah mengenal pasti dan merancang untuk menempatkan jentera dan keanggotaan di 14 buah kawasan ‘hot spot’ sepanjang lebuh raya.

Tambahnya, ini bagi mempercepatkan masa bertindak khususnya di waktu puncak melibatkan jentera pemadaman dan penyelamatan serta jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Gerakan Ops Ronda dan Standby di lebuh raya ini yang bermula pada 20 hingga 27 April ini melibatkan seramai 252 anggota bertugas sehari secara 24 jam dengan shift 12 jam.

“Selain itu, bomba juga akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat rondaan di ‘hot spots’ kes-kes lemas serta kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai yang berisiko tinggi,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI