fbpx

UCL: AC Milan ralat cuma ledak satu gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENNACER (kanan) muncul wira Milan apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Napoli pada aksi di San Siro awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Pengendali AC Milan, Stefano Pioli enggan mendabik dada dengan kemenangan tipis 1-0 yang dicatatkan ke atas Napoli pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara kerana peluang untuk kedua-dua pasukan kekal 50-50.

Pada aksi di San Siro itu, skuad Rossoneri meraih gol tunggal menerusi jaringan yang dilakukan oleh Ismael Bennacer dengan pasukan pelawat diarahkan ber­aksi 10 pemain selepas Andre-Frank Anguissa dilayangkan kad merah.

Kata Pioli, pasukannya agak bertuah untuk meraih kemenangan, tetapi dalam masa yang sama agak ralat kerana sepatutnya boleh mencetak lebih banyak gol bagi membawa bekalan berharga sebelum ke aksi kedua nanti.

“Saya sangat gembira apabila kami dapat menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia kami. Milan adalah kelab yang memiliki sejarah tersendiri dalam kancah Liga Juara-Juara dan malam seperti ini cukup istimewa buat mereka.

“Namun, saya juga tidak mahu pasukan terlalu mendabik dada kerana kita banyak membuka ruang buat Napoli melakukan serangan dan nasib baik penjaga gol bertindak pantas. Saya rasa peluang masih 50-50 untuk mara ke separuh akhir nanti,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Napoli, Luciano Spalletti mahu barisan pemain segera melupakan kekalahan itu dan menyeru pasukan untuk bangkit menunjukkan prestasi sebenar pada perlawanan kedua nanti.

“Saya sangat bangga dengan sikap pemain yang tidak pernah menyerah walaupun kita terpaksa bermain dengan 10 orang. Milan adalah pasukan yang baik, tetapi saya yakin aksi kedua di laman sendiri nanti bakal berbeza,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI