fbpx

Sambutan Minggu Perpaduan pada 20 hingga 28 Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat MexUnity yang diadakan pagi tadi di Kementerian Perpaduan Negara.

PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei depan secara serentak di seluruh negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penganjuran tersebut adalah sebahagian daripada program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

Jelasnya, program sambutan itu juga dipersetujui dalam mesyuaratnya bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta Exco- Exco Perpaduan Negeri (MExUnity) yang diadakan pagi tadi.

Tambah beliau, MExUnity adalah platform perbincangan mengenai usaha- penyatupaduan termasuk perancangan dan pelaksanaan program- program perpaduan di peringkat negeri sejajar dengan kerangka perpaduan baharu iaitu “Membangun Malaysia Madani” berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity).

“Mesyuarat pada kali ini turut memfokuskan kepada perbincangan mengenai pelaksanaan program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

“Sambutan Minggu Perpaduan yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei depan secara serentak di seluruh negara merupakan tumpuan utama bagi pengisian flagship ini dalam usaha memperkukuhkan penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru kepada semua barisan Exco supaya terus menyokong pelaksanaan program-program mengikut kerangka perpaduan yang dibangunkan bagi mencapai aspirasi Malaysia Madani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI