fbpx

PPZ-MAIWP penuhkan 30 Gerobok Rezeki di sekitar Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ajib beramah mesra bersama para penerima Gerobok Rezeki Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) selepas majlis pelancaran di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 buah masjid di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan 10 buah surau di sekitar kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) menerima sumbangan barangan kering bernilai RM3,000 melalui program Gerobok Rezeki Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agam Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,000 itu diberikan oleh pihak PPZ-MAIWP melalui dana wakalah kepada Jawi bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pengarah Jawi merangkap setiausaha MAIWP, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, setiap Gerobok Rezeki itu akan dipenuhi dengan 550 barangan kering seperti minyak masak, susu, santan, garam, sardin tin, beras dan sebagainya.

“JAWI sangat mengalu-alukan sumbangan tambahan seperti ini bagi membantu golongan B40 dan mereka yang kurang berkemampuan di kawasan sekitar masjid atau surau.

“Masjid dan surau bukan sahaja tempat untuk beribadah, malah turut berperanan menjaga kebajikan masyarakat di sekitarnya,” katanya ketika berucap semasa majlis pelancaran Gerobok Rezeki di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan.

Dalam majlis itu juga, sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada Masjid Ar-Rahimah serta bakul rezeki bernilai RM100 kepada 50 orang asnaf di sekitarnya.

“PPZ-MAIWP ingin mengajak lebih ramai syarikat-syarikat korporat di luar sana agar tampil tunaikan zakat di PPZ-MAIWP bagi mendapat Skim Wakalah atau Pengembalian Semula Wang Zakat untuk diagihkan kepada kakitangan atau mereka yang memerlukan.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPZ-MAIWP dan pembayar zakat kerana melengkapkan gerobok rezeki di masjid dan surau ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI