fbpx

GSRC laksana inisiatif bank makanan bersama HOL 448 Food Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inisiatif bank makanan yang diwujudkan GSRC dengan kerjasama HOL 448 Food Bank.

PETALING JAYA – Kelab Sukan & Rekreasi Gemilang (GSRC), yang ditubuhkan oleh pekerja pengeluar bas dan badan bas mesra alam terkemuka, Gemilang International Limited (GML) mempromosikan inisiatif bank makanan dengan kerjasama HOL 448 Food Bank.

Kelab yang ditubuhkan pada Julai 2022 itu menyasarkan untuk memupuk ikatan pasukan, komuniti yang aktif dan sihat, serta menggalakkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan dan luar kakitangan GML.

Sebagai sebahagian daripada iltizamnya terhadap CSR, GSRC telah menubuhkan pusat pengumpulan dalam syarikat untuk mengumpul barangan makanan pada setiap bulan hasil sumbangan para pekerja dan kontraktor GML.

Sejak Januari 2023, GSRC telah mengumpulkan sejumlah besar barangan makanan serta sumbangan kewangan untuk menyokong inisiatif bank makanan dan orang ramai turut dijemput untuk menderma makanan bagi masyarakat memerlukan.

Presiden GSRC, Amber Lee berkata, inisiatif berkenaan bertujuan untuk menyokong dan memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kami amat berbesar hati dan teruja dengan kemurahan hati para pekerja dan kontraktor kami yang telah menyumbang dan bersatu hati demi memberi impak yang positif kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI