fbpx

Wanita warga Brunei parah kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta selepas terbabas di Bandar Baru Permy Jaya, Miri.

MIRI – Seorang wanita cedera parah, manakala tiga lelaki cedera selepas kereta dinaiki kesemua warga Brunei Darussalam itu terbabas di Bandar Baru Permy Jaya, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.23 malam tadi, dua daripada mangsa dikeluarkan dari dalam kenderaan oleh orang awam manakala dua orang lagi terperangkap di dalam kenderaan yang remuk itu.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang digerakkan ke lokasi kemudian mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mangsa yang cedera parah seterusnya diserahkan kepada pasukan paramedik untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI