fbpx

Ramai geli hati tengok budak ‘bergigi dracula’ solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat kanak-kanak yang memaka gigi dracula semasa sedang berterawih.

PETALING JAYA – Video seorang kanak-kanak yang memakai gigi palsu pontianak semasa sedang bertarawih bersama ahli keluarga, mengundang rasa geli hati orang ramai.

Menerusi satu paparan video yang dikongsikan oleh Faezah Ariffin di TikTok miliknya, kanak-kanak terbabit dilihat sedang solat sambil memakai gigi palsu pontianak bewarna merah seakan darah.

Menurutnya, bukan mudah untuk mendidik anak-anak khusyuk dalam solat, tapi kita sebagai ibu bapa haruslah tetap berusaha mendidik mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat dan kecomelan kanak-kanak tersebut.

“Nenek tengok terus gelak besar, alahai cucu, tak apalah, asalkan semangat nak ikut orang bersolat,” komen Ummi Aesah.

“Comelnya dracula. Semoga rezeki melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin,” komen pengguna Tiktok Rose.

“Adui, sabar jelah dik, macam mana boleh terlepas dari ikatan ni,” seloroh pengguna TikTok Opick.

Video yang dikongsikan menjadi tular di TikTok dengan tanda suka sebanyak 3,240, 457 komen dan 742 perkongsian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI