fbpx

Mahkamah: Penentuan nasib Syed Saddiq dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Shidiqqin Zon

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan demikian selepas mendengar penghujahan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali serta peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Ahli Parlimen Muar itu pada akhir kes pembelaan.

“Jangan risau, saya tidak akan mengambil masa yang lama (untuk membuat keputusan), tarikh itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” kata hakim berkenaan sebelum menangguhan prosiding penghujahan yang bermula semalam.

Terdahulu, Wan Shaharuddin berhujah, Syed Saddiq tidak boleh menggunakan wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) untuk menggantikan wangnya sendiri yang kononnya telah didahulukan untuk menjayakan kempen politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Akaun ABBE milik Rafiq Hakim Razali (saksi pendakwaan ke-13 (SP13) itu digunakan untuk dua
program meraih dana melalui majlis makan malam di Ampang, Selangor dan Muar yang mana kesemua bayaran untuk majlis itu dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Pendakwaan menghujahkan, pada 8 April 2018, Syed Saddiq telah menghubungi telefon bimbit SP13 dan mengarahkan beliau memindahkan wang hasil program meraih dana berjumlah RM120,000 daripada akaun ABBE ke dalam akaun peribadinya.

Oleh yang demikian, Wan Shaharuddin berhujah, bukti dan keterangan kes jelas menunjukkan Syed Saddiq secara tidak jujur menyalahgunakan harta tersebut untuk diri sendiri.

Ini kerana katanya, wang berjumlah RM120,000 tersebut tidak digunakan bagi tujuan kempen politik beliau atau mana-mana ahli Armada sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya.

Hujah pendakwaan, sekiranya benar dana kutipan itu untuk kegunaan peribadi tertuduh, sudah tentu akaun bank peribadi akan digunakan untuk tujuan meraih dana.

Selain itu, Wan Shaharuddin menghujahkan, tertuduh tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa bahawa wang daripada kedua-dua program meraih dana adalah untuk menggantikan wang yang kononnya didahulukan ketika kempen PRU14.

Katanya, justeru itu, dakwaan tertuduh bahawa beliau telah mendahulukan duit peribadi bagi tujuan kempen PRU-14 harus ditolak kerana pihak pembelaan gagal membawa apa-apa dokumen, catatan atau saksi yang boleh mengiakan perlakuan itu.

Pendakwaan turut menghujahkan, tiada seorang pun saksi pembelaan dapat menceritakan mengenai status wang RM120,000 tersebut setelah ia kekal tidak dibelanjakan bagi kempen PRU14.

Menurut pendakwaan, setakat keterangan yang ada di mahkamah, RM100,000 daripada wang tersebut telah disalurkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) tertuduh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI