fbpx

Farid, Diana jalani prosiding sulh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID dan Diana hari ini hadir ke mahkamah bagi prosiding sulh.

SHAH ALAM – Rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle memasuki episod baharu apabila bakal menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pukul 11.40 pagi.

Perkara tersebut disahkan peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

“Sulh pada pukul 11.40 pagi,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Pagi ini, lebih kurang 20 pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Terdahulu pada 10 Mac lalu, Diana, 32, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI