fbpx

Penganggur maut, motosikal terbabas ke bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi nahas di Kilometer 14, Jalan Pasir Puteh-Semerak dekat Cherang Ruku, Pasir Puteh hari ini. FOTO IHSAN POLIS

PASIR PUTEH – Seorang penganggur maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke bahu jalan di Kilometer 14, Jalan Pasir Puteh-Semerak berdekatan Cherang Ruku di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa, Muhamad Ikhram Muhammad, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di pinggang.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Semerak ke Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke bahu kanan jalan.

“Kejadian itu disedari orang awam sebelum menghubungi polis. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikalnya sehingga terbabas ke bahu jalan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI