fbpx

Lee Seung-gi kini suami Lee Da-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Seung-gi dan Lee Da-in berkahwin pada Jumaat minggu lalu.

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, pelakon Lee Seung-gi dan Lee Da-in sememangnya memilih 7 April untuk mengikat tali perkahwinan.

Sejak 2020 menyulam cinta, pasangan itu disatukan dalam majlis perkahwinan secara tertutup di sebuah hotel di Seoul.

Bagi memeriahkan suasana majlis, pelakon Son Ji-chang dan kenalan rapat ibu Da-in iaitu Kyeon Mi-ri menjadi pengacara pada hari tersebut.

Selebriti lain turut sama mengambil bahagian dalam majlis tersebut seperti Yoo Jae-suk dan Lee Soo-geun.

Penyanyi Lee Juk tampil melengkapi majlis dengan menyanyikan lagu ucapan tahniah buat pengantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI