fbpx

APMM lancar Op Khas Pagar Laut sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Lizan (kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Rasmi Op Khas Pagar Laut 1/2023 di kapal KM KIMANIS, perairan Batu Maung, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan semula Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan Malaysia sempena perayaan Aidilfitri, bermula esok sehingga 30 April ini.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, operasi yang dilaksanakan sejak 2016 itu bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Penjenayah mungkin beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti bagi merayakan Aidilfitri.

“Waktu inilah mereka akan ambil kesempatan melakukan aktiviti jenayah seperti membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan kontraband serta barang-barang kawalan, pencerobohan serta lain-lain jenayah melalui jalan laut.

“Justeru, seramai 800 pegawai dan anggota penguatkuasa ditugaskan dan dilengkapi 45 buah aset bagi melaksanakan rutin rondaan di kawasan perairan negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Khas Pagar Laut di perairan Batu Maung di sini hari ini.

Saiful Lizan memberitahu lagi, pihaknya turut bersedia menggerakkan aset bagi melaksanakan tugas mencari dan menyelamat sekiranya berlaku insiden kapal atau bot yang dalam perjalanan membawa penumpang asing dari negara ini pulang ke kampung halaman.

“Kita akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI