fbpx

11 kluster Covid-19 sektor pendidikan masih terkawal – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bersama murid-murid sekolah pendidikan khas dan anak-anak yatim selepas memberikan sumbangan hari raya pada Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Selangor di Hotel Glenmarie Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kluster Covid-19 melibatkan 11 institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) masih dalam keadaan terkawal setakat ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memantau rapat perkara itu dengan nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata beliau, kementerian menyediakan pelan intervensi termasuk bilik isolasi dan peringatan kepada guru dan pelajar mengenai peningkatan kes wabak itu.

“Kita akan mewajibkan saringan sekiranya ada keperluan dan ia bergantung atas nasihat KKM dari semasa ke semasa.

“Keadaan (kluster pendidikan) bagaimanapun setakat ini masih terkawal dan belum ada isu besar mengenainya,” katanya selepas program Jerayawara Pendidikan Madani di Glenmarie Hotel Golf & Resort di sini, petang tadi.

Selasa lalu, KKM menyarankan sektor pendidikan melakukan saringan susulan 11 daripada 18 kluster Covid-19 yang dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 adalah kluster pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan enam kluster itu melibatkan institusi pendidikan KPM iaitu tiga kolej dan masing-masing satu sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah. Lima kluster lain pula melibatkan empat  maktab dan satu taska.

Jelas Fadhlina, kementerian belum membuat sebarang penetapan untuk mewajibkan saringan berkenaan.

Tambah beliau, semua ibu bapa dinasihatkan turut memantau pergerakan anak mereka terutama ketika musim perayaan Aidilfitri kelak.

“Wabak Covid-19 ini sudah lama dan semua pihak mengetahui faktor jangkitan dan langkah mencegahnya.

“Justeru, semua pihak terutama ibu bapa pelajar perlu memastikan anak yang bergejala atau tidak sihat supaya membuat saringan sebelum hadir ke sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI