fbpx

Song Hye-kyo hargai peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG HYE-KYO

PELAKON Song Hye-kyo meluahkan rasa terharu dan penghargaan atas sokongan peminat dari dalam dan luar negara terhadapnya.

Dengan kemahiran lakonan yang luar biasa memegang watak utama sebagai Moon Dong-eun dalam The Glory, aktres itu sememangnya menjadi bualan dunia.

Disebabkan sokongan padu peminat, Hye-kyo melakukan penghargaan buat penonton yang setia menonton series popular The Glory menerusi Netflix dengan menyiarkan kad mesej tulisan tangannya.

“Masa yang saya habiskan dengan The Glory adalah satu penghargaan bagi saya.

“Terima kasih banyak buat semua yang menyayangi Moon Dong-eun dan The Glory,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI