fbpx

Rexy tambah rutin latihan Aaron-Woo Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK akan berdepan rutin latihan yang lebih ketat dan ditingkatkan bagi mencetus prestasi terbaik aksi beregu lelaki.

DALAM usaha mengembalikan prestasi terbaik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Akademi Badminton Malaysia (ABM) mengambil inisiatif menambah rutin latihan kepada juara dunia tersebut.

Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM, Rexy Mainaky berkata, antara rutin tambahan yang akan diterapkan dalam modul latihan Aaron-Wooi Yik adalah latihan simulasi video perlawanan.

Latihan yang melibatkan penggunaan dua buah kamera video serta dua buah komputer itu akan menayang semula perlawanan-perlawanan mereka sebelum ini dan diikuti penerangan berhubung kesalahan yang dibuat.

“Berdasarkan keputusan dalam siri kejohanan di jelajah Eropah baru-baru ini, sudah tentu kami kecewa berhubung prestasi mereka. Dengan status pemain seperti mereka, ia adalah keputusan yang tidak boleh di­terima.

“Selepas berbincang dengan mendalam, kami percaya simulasi video tersebut akan membantu mereka mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki.

Selepas menonton video berkenaan, kami akan cuba tangani masalah itu secara bersama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Selain Aaron-Wooi Yik, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut terlibat dengan latihan video simulasi tersebut memandangkan mereka turut berdepan prestasi tidak menentu pada musim ini.

“Kami sudah bermula pada Isnin lalu dan hasilnya akan dilihat selepas Kejohanan Badminton Asia nanti. Sekiranya perlu, kami akan lakukan rutin latihan ini le­bih daripada dua kali seminggu,” ujar Rexy.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan percubaan ABM bagi mendapatkan khidmat bekas pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei untuk mengendalikan skuad remaja gagal selepas dia menolak kerana belum bersedia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI