fbpx

AFES agih 1,200 bekas bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazar (kanan) ketika hadir program agihan bubur lambuk ke 10 lokasi sempena perkhidmatan melestarikan alam sekitar yang dianjurkan oleh Alam Flora Environmental Solutions (AFES) yang diadakan di Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda.- Foto M.FIRDAUS M.JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Alam Flora Environmental Solutions (AFES) mengagihkan sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk sempena Program Santun Ramadan Agihan Bubur Lambuk kepada 10 lokasi berbeza di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Ketua Pegawai Operasi AFES, Nazar Abdul Raof berkata, program yang diadakan buat kali kedua itu melibatkan kerjasama bersama pihak pengurusan Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda, di sini.

“Penyediaan peralatan kelengkapan memasak disediakan oleh pihak pengurusan Surau Ibrahimiah, manakala AFES bertindak sebagai pemudahcara di samping memberi komitmen bantuan dari segi pembungkusan bubur lambuk dan keperluan lain.

“Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada penduduk di 10 lokasi kawasan perkhidmatan AFES bersempena dengan ulang tahun AFES yang ke-10 tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nazar berkata, program itu antara lain dapat memberi satu impak yang baik kepada AFES, justeru dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda mengenali cara membuat bubur lambuk dan menghargai makanan tempatan.

Dalam pada itu, Nazar turut mengingatkan orang ramai bahawa penting untuk masyarakat Malaysia cakna tentang penjagaan alam sekitar.

“Amalan penyediaan makanan berlebih-lebihan serta pembaziran makanan perlu dielakkan supaya ia tidak berakhir di tapak pelupusan.

“Bukan sahaja pada bulan Ramadan, di bulan lain juga kita perlu ada sensitiviti untuk mengelakkan diri kita dari pembaziran makanan. Kita perlu ada tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga ekosistem negara dalam mencapai kelestarian alam sekitar untuk jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Katanya, masalah pembaziran dan pembuangan makanan amat membimbangkan kerana pelupusan makanan perlu dilakukan dengan cara yang betul agar ekosistem tidak terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI